Senarai Hutang 21 Negara Maju, Apakah Malaysia Berhutang Terlalu Tinggi? | KAKI PALU

Senarai Hutang 21 Negara Maju, Apakah Malaysia Berhutang Terlalu Tinggi?

Share on Google Plus





Senarai negara-negara maju beserta hutang mereka (dalam dollar);

1. Amerika Syarikat (hutang: 21 trillion)
2. United Kingdom (hutang: 8 trillion)
3. France (hutang: 5.7 trillion)
4. Germany (hutang: 5.4 trillion)
5. Netherlands (hutang: 4.5 trillion)
6. Luxembourg (hutang: 4.1 trillion)
7. Japan (hutang: 3.6 trillion)
8. Italy (hutang: 2.5 trillion)
9. Canada (hutang: 1.8 trillion)
10. Spain (hutang: 2.3 trillion)
11. Switzerland (hutang: 1.8 trillion)
12. China (hutang: 1.7 trillion)
13. Singapore (hutang: 1.3 trillion)
14. Belgium (hutang: 1.3 trillion)
15. Sweden (hutang: 938 billion)
16. Norway (hutang: 623 billion)
17. Finland (hutang: 483 billion)
18. Denmark (hutang: 491 billion)
19. Russia (hutang: 537 billion)
20. Turkey (hutang: 453 billion)
21. Korea Selatan (hutang: 407 billion)

Ini merupakan negara yang nilai mata wang mereka tinggi, ekonomi bagus, serta yang memberikan pendidikan percuma. Sains & teknologi mereka juga terkedepan.

Kadar jenayah dan kemiskinan yang rendah. Kadar korupsi juga turut rendah. Kadar kemalangan yang rendah. Budaya rakyatnya bagus.

Nak beritahunya negara-negara macam ini pun ada hutang, bukannya tak ada hutang langsung. Benda ini kena tengok debt-to-GDP, iaitu nisbah antara hutang kerajaan dan gross domestic product (GDP).

Kadar nisbah yang rendah menunjukkan kadar kekayaan kerajaan mampu membayar hutang-hutang mereka tanpa menimbulkan lagi hutang lanjut. Walaupun Amerika Syarikat mempunyai hutang yang besar, tapi kekayaan dan kegagahan ekonomi negara itu mampu membayar hutang sebanyak itu.

Jadi, tak ada masalah pun Amerika Syarikat mampu berhutang sebanyak itu asalkan paras nisbahnya rendah. Asalkan kerajaan itu cukup kaya dan kuat ekonominya. Bukannya tak berhutang langsung menunjukkan negara itu bagus ekonominya.

Kenapa kerajaan mainkan isu hutang? Sebab nak meraih sokongan rakyat. Rakyat tak faham bagaimana ekonomi negara diuruskan. Inilah cara Machiavelli. Sang penguasa bagi apa yang rakyat nak tengok dan apa yang rakyat nak dengar.

Jadi, isu hutang ini menjadi 'sugarcoat' supaya aspirasi dalam kalangan rakyat terhadap Malaysia baru bertambah kuat. Secara peribadi, aku lagi suka Dr. Mahathir daripada DS Najib. Saja jelah aku nak beritahu, nanti kata aku macai makan dedak pula.

Aku jenis realistik dan berfakta. Jadi, aku sampaikan maklumat realiti yang sebenarnya. Harapnya, lama-lama rakyat faham macam mana ekonomi negara berfungsi.




NOTA KAKI : INI BERMAKNA, JUMLAH HUTANG YANG DISEBUTKAN OLEH PEMERINTAH SEKARANG TIDAKLAH BEGITU BESAR JIKA HENDAK DIPADANKAN DENGAN JUMLAH KEKAYAAN NEGARA. ANGKA HUTANG NEGARA INI SENGAJA DIPERBESARKAN BAGI MENUNJUKKAN IMEJ JAHAT TERHADAP BEKAS PM DATUK SERI NAJIB RAZAK DAN KERAJAAN BN SEBELUM INI. WALHAL, FAKTA MENUNJUKKAN BAHAWA NEGARA KITA MAMPU BERHUTAN SEBANYAK YANG DISEBUT OLEH PM ITU.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment