Siti: Cenderung Agama, Bahaya Maszlee Jadi Menteri Pendidikan | KAKI PALU

Siti: Cenderung Agama, Bahaya Maszlee Jadi Menteri Pendidikan

Share on Google Plus




Aktivis Siti Kasim mendakwa tentangannya terhadap pelantikan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan bukanlah bersifat peribadi.

Siti berkata selain latar belakang sarjana Islam, ahli parlimen Simpang Renggam itu juga gagal memberi jawapan memuaskan tentang pendidikan.

“Itu bukanlah jawapan yang kita mahu sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap anak muda.

“Kita mahu seseorang yang cuba atau mengurangkan paksi agama di sekolah,” katanya yang banyak menemui menteri itu semasa forum sebelum ini.

Beliau berkata sistem pendidikan berkenaan menyebabkan perpecahan antara kaum.

“Saya melihat kemusnahan berlaku di sekolah dan saya melihat produk sekolah ini,” katanya.

Siti berkata bukanlah satu masalah ahli politik dengan latar belakang agama memegang jawatan dalam kerajaan.

“Kenapa saya tidak bising tentang mereka? [Dr Dzulkefly Ahmad dan Mohamad Sabu]. Ini kerana mereka tidak membentuk fikiran generasi muda.

“Orang yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan sangat penting,” katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. BERI PELUANG Dr.Maszlee memimpin Kementerian Pendidikan.

    PENGELAMAN DAN PENYELIDIKAN Dr.Maszlee dalam pendidikan perlu diberi ruang dan peluang untuk membentuk genarasi muda mengikut acuan Malaysia.

    Adalah diharapkan pendidikan di negara kita tidak terikut ikut dengan negara luar.

    ReplyDelete