Tiada Di Malaysia, Musa Aman Keluar Negara Menuju Ke London? | KAKI PALU

Tiada Di Malaysia, Musa Aman Keluar Negara Menuju Ke London?

Share on Google Plus


PUTRAJAYA, 26 Mei ― Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dicari polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sudah ke luar negara.
Walaupun SPRM ada memohon supaya bekas ketua menteri Sabah itu dihalang meninggalkan Malaysia, Tan Sri Musa Aman mungkin pergi ke Singapura  dan Brunei untuk ke London,  lapor The Star.
“Bagaimanapun, kami mendapati beliau sudah keluar negara sebelum disenaraihitamkan,” kata sumber SPRM kepada portal tersebut.
Polis Sabah pula hanya boleh memberitahu bahawa Musa tidak berada di negeri tersebut.
Pembantu dan rakan Musa juga dikatakan tidak tahu kedudukan lokasinya.
Rabu lalu, dua kediaman Musa di Kota Kinabalu dan Sandakan diserbu SPRM untuk siasatan kes rasuah.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment