Tun M Hanya Alat DAP – Tuan Ibrahim | KAKI PALU

Tun M Hanya Alat DAP – Tuan Ibrahim

Share on Google Plus




DAP akan menggunakan pelbagai pendekatan, termasuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai alat untuk meraih undi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata DAP hanya memperoleh undi daripada pengundi Cina dan parti itu tidak boleh membuat lonjakan tanpa undi Melayu.


“Dalam keadaan situasi seperti ini, DAP akan menggunakan sesiapa saja dan Tun Mahathir adalah antara satu strategi yang digunakan parti itu. Itulah cara mereka demi meraih undi Melayu.


“Walaupun pada awalnya ada bantahan berhubung penggunaan logo PKR, parti itu terpaksa menerima kerana memerlukan undi Melayu selepas mereka kehilangan PAS.


“Sebenarnya, kita tahu sikap sebenar DAP terhadap Islam. Bila kita buat peraturan untuk menghentikan sementara operasi ketika waktu Maghrib di Kelantan, DAP menentang sedangkan peraturan itu tiada kena mengena dengan parti berkenaan dan rakyat Kelantan boleh menerimanya,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.


Ketika ditanya mengenai calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang dibawa jelajah oleh pakatan pembangkang, Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut.


Katanya, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak semalam turun padang berkempen untuk PAS dan situasi itu memberi isyarat jelas bagi pihak keluarga Allahyarham – BH


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment