Uqasha Senrose Ditahan Polis, Disyaki Khayal Dadah | KAKI PALU

Uqasha Senrose Ditahan Polis, Disyaki Khayal Dadah

Share on Google Plus




KUALA LUMPUR – Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan khayal dan memiliki enam paket yang disyaki dadah jenis Eramin 5 ketika pemeriksaan tubuh serta beg tangan dibuat ke atasnya di balai Taman Tun Dr Ismail, pagi tadi.

Menurut sumber, pihak polis sebelum itu menerima panggilan berlaku satu kemalangan di hadapan sebuah rumah di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki Cina yang memaklumkan kenderaan jenis Range Rover berwarna putih yang dipandu seorang wanita Melayu telah melanggar kereta Honda miliknya.

“Pemeriksaan awal anggota di tempat kejadian mendapati artis berkenaan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

“Polis kemudian telah membawa artis terbabit ke balai bagi pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Mynewshub di sini malam ini.

Tambahnya, kesemua dadah berkenaan yang berjumlah 53 biji dibalut dengan kertas aluminium foil berwarna merah.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap artis wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya diambil.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-MYNEWSHUB








Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment