Vincent Tan Ucap Tahniah Buat PH, Anggap Tun M Sebagai Adiwira Malaysia | KAKI PALU

Vincent Tan Ucap Tahniah Buat PH, Anggap Tun M Sebagai Adiwira Malaysia

Share on Google Plus




KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sambil menyifatkan Tun M sebagai adiwira Malaysia, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang te­lah keluar mengundi.

“Saya berbangga dengan semua rakyat Malaysia dan berharap kerajaan baharu ini akan terus me­mimpin negara dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat,” katanya ketika me­nyampaikan ucapan pada majlis pelancaran produk baharu Cosway, Diamond Royale dan DignitaxNaelofar Hijab di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Cosway, Dr. Alice Lee.

Dalam pada itu Tan turut me­ngumumkan pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi semua produk Coway di seluruh negara bermula hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan kadar sifar GST lebih awal itu adalah sebagai menghargai para pelanggan setia Cosway.

“Kami menyambut baik peng­umuman kerajaan untuk menurunkan kadar GST kepada sifar peratus dan ini semestinya akan membantu me­ningkatkan jualan produk-produk Cosway,” katanya.

Sementara itu Lee berkata, Cosway menyasarkan peningkatan penyertaan stokis Melayu sebanyak 50 peratus dalam tempoh satu hingga satu setengah tahun dari sekarang.

Katanya, dengan pengenalan Dignita, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada Cosway untuk menembusi pasaran stokis Melayu.

“Setakat ini jumlah stokis Melayu Cosway hanyalah pada kadar 30 peratus namun saya yakin dengan pelancaran Dignita yang dikhusukan kepada mereka, ia akan membantu Cosway mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment