'Ziarah Kubur Tu Sunat, Dr. Mahathir' - Tuan Guru Hadi | KAKI PALU

'Ziarah Kubur Tu Sunat, Dr. Mahathir' - Tuan Guru Hadi

Share on Google Plus




TUMPAT: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dinasihatkan mengutamakan perkara wajib seperti menyokong perjuangan Islam berbanding sibuk melakukan amalan sunat seperti menziarahi pusara seseorang.

Nasihat itu dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dipercayai merujuk kepada insiden Dr. Mahathir dihalang menziarahi pusara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh keluarga Allahyarham pagi ini.

Menurut Abdul Hadi, daripada Pengerusi gabungan pembangkang PKR itu beria-ia menziarahi kubur, adalah lebih baik beliau menyokong perjuangan Pas meletakkan Islam sebagai dasar utama negara dan tidak bersekongkol dengan parti liberal seperti DAP.

“Patutnya Dr. Mahathir ni buat yang wajib. Ini pergi ziarah kubur yang sunat. Sokong perjuangan Islam ini wajib. Melantik pemimpin orang Islam betul-betul adalah wajib.

“Kalau ada surat khabar, tolong tulis ini. Bersama DAP tidak betul, bersama parti yang Islam tapi liberal, tolak al-Quran, tolak hadis itu tidak betul. Balik kepada al-Quran adalah wajib.

“Kalau buat hak sunat tinggal yang wajib ibarat sembahyang terawih rajin, tapi tinggal solat fardhu,” katanya dalam Ceramah Perdana Pas di hadapan lebih 2,000 orang di pekarangan Pasar Besar Wakaf Bharu, di sini malam ini.

Terdahulu, Abdul Hadi berkata, umat Islam perlu sedar, pentadbiran cara komunis, sosialis atau kapitalis yang dilaksanakan di seluruh dunia terbukti sudah gagal.

“Kita kena balik kepada cara Islam. Balik kepada cara Islam ini adalah wajib. Yang jadi masalahnya tinggal hak wajib buat hak sunat,” katanya.

Turut berceramah ialah Menteri Besar yang juga calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob; calon Pas Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan calon Pas DUN Wakaf Bharu, Rosli Abdullah.

- UTUSAN ONLINE



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment