Ahli PEKIDA Ditahan Bantu Kes Ugut PM Di Facebook | KAKI PALU

Ahli PEKIDA Ditahan Bantu Kes Ugut PM Di Facebook

Share on Google Plus




POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) di Jalan Beverly Height, Ampang pada 4.40 pagi Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes melakukan ugutan di media sosial membabitkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan satu laporan yang dibuat Setiausaha PEKIDA Selangor pada 31 Mei lalu.


“Laporan itu dibuat susulan penularan artikel di media sosial berhubung kenyataan seorang lelaki yang mahu berperang dan menembak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Suspek bagaimanapun mendakwa akaun Facebook miliknya diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Fuzi berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Rabu ini.


Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain).



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment