Belum Tentu Anwar Boleh Jadi PM 2 Tahun Lagi, Kata Tun M | KAKI PALU

Belum Tentu Anwar Boleh Jadi PM 2 Tahun Lagi, Kata Tun M

Share on Google Plus




PUTRAJAYA, 9 Jun ― Tidak dapat dipastikan sama ada peralihan kuasa perdana menteri kepada ketua umum PKR boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjara, sebagai perdana menteri menunggu.

Pengerusinya berkata keutamaan kini adalah untuk mengembalikan kekayaan negara dan menstabilkan ekonomi selain menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau boleh dalam masa terdekat, saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.

“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment