Dr Mahathir Ragui Kesetiaan Pegawai Kerajaan | KAKI PALU

Dr Mahathir Ragui Kesetiaan Pegawai Kerajaan

Share on Google Plus





PETALING JAYA, 1 Jun: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuntut kesetiaan dalam kalangan penjawat awam bagi melancarkan pentadbiran negara di bawah Pakatan Harapan (PH).


Ini kerana, katanya terdapat segelintir penjawat awam yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kerajaan terdahulu yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dengan terlibat secara langsung dalam kempen parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.


Keadaan ini, katanya akan mengganggu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang dibentuk susulan kemenangan pakatan empat parti itu pada pilihan raya tersebut.


Dr Mahathir berkata ramai daripada penjawat mengambil bahagian dalam kempen parti itu, ada di antaranya dilakukan secara sukarela.


“Kita sangsi dengan kesetiaan mereka, sama ada mereka masih pegang kesetiaan kepada parti dan kerajaan lama dan bukan kerajaan sekarang, ini akan mengganggu pentadbiran PH. Kita (PH) ingin mentadbir ikut cara-cara kita, manifesto kita, dan kita perlu kerjasama daripada pegawai- pegawai ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment