Gugurnya Seorang Syahid: 7 Perkara Tentang Gadis Paramedik Yang Maut Ditembak Israel | KAKI PALU

Gugurnya Seorang Syahid: 7 Perkara Tentang Gadis Paramedik Yang Maut Ditembak Israel

Share on Google Plus




Sedikit info tentang Razan Ahsraf al-Najjar:


1. Razan merupakan anak sulung dari enam beradik





2. Razan menjadi ahli paramedik selepas mengambil ijazah dalam bidang kejururawatan umum dan banyak kursus pertolongan cemas

"Pekerjaan sebagai paramedik dan pengamal perubatan bukan hanya untuk lelaki, ia juga untuk wanita," kata Razan dalam wawancara bersama New York Times di kem protes Gaza bulan lalu.





3. Razan selalu menyertai misi sukarelawan di hospital, dan bersama NGO dan pertubuhan perubatan bagi menimba kemahiran dan pengalaman

Sebagai paramedik, Razan tertumpu kepada membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang cedera semasa demonstrasi.





4. Razan tidak pernah takut kepada penembak tepat Israel

"Anak perempuan saya akan keluar setiap hari Jumaat antara pukul 7 pagi dan 8 malam. Dia berada di lapangan melakukan kerja, menyembuhkan luka orang yang cedera, dan anak perempuan saya adalah seorang yang berani yang tidak pernah takut kepada penembak tepat Israel," kata ibunya, Sabreen.

"Dia pernah pulang ke rumah dengan darah memenuhi uniformnya. Selalunya, dia akan tinggal di tapak protes sehingga semua orang pulang."





5. Razan pernah menarik perhatian terhadap protes di Israel dan menyampaikan mesej sebagai paramedik

"Kami menyaksikan banyak serangan oleh tentera Israel - paramedik dan wartawan turut disasarkan," kata Razan.

"Saya menyeru dunia untuk tengok dan lihat sendiri kenapa tentera Israel mensasarkan kami. Kami tidak melakukan apa-apa. Kami hanya menyelamatkan orang yang cedera dan menyembuhkan luka mereka."





6. Razan sudah bertunang dan bercadang untuk mengumumkan pertunangannya di akhir Ramadan

Izzat Shatat, 23, pekerja sukarelawan ambulans berkata beliau dan Razan bersedia untuk mengumumkan pertunangan mereka pada akhir bulan Ramadan.

Beliau berkata beliau bimbang dan meminta Razan supaya tidak pergi ke kawasan pagar sempadan pada Jumaat tetapi dia enggan.

"Dia membantu semua orang. Dia tidak pernah menolak untuk membantu. Dia adalah orang pertama yang berlari kepada sesiapa sahaja sejurus mereka ditembak," katanya sambil menangis.





7. Razan pernah menjadi sukarelawan untuk MyCARE di Malaysia pada 2017

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata Razan pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.

"Dia membantu menghulurkan bantuan makanan disediakan MyCARE kepada pelarian di Gaza sepanjang bulan Ramadan tahun lalu. Bagaimanapun, tahun ini, dia tidak bertugas sebagai sukarelawan MyCare kerana bertugas sebagai paramedik," katanya.








Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment