"Jangan Lantik Leader Kerana Populariti Tetapi Kerana Kemampuan Pencapaian & Kompentensi" | KAKI PALU

"Jangan Lantik Leader Kerana Populariti Tetapi Kerana Kemampuan Pencapaian & Kompentensi"

Share on Google Plus



Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim meletakkan jawatan bersama key personal lain. Menariknya netizen ramai menuduh Gabenor ini berhenti kerana takut dan mungkin terlibat dengan salahgunakuasa.

Apa yang ramai tidak tahu beliau adalah pembantu DS Zeti Akhtar sbg Timbalan Gabenor lebih 6 tahun sblm diangkat menjadi gabenor menggantikkan bossnya. Beliau telah berkhidmat dengan Bank Negara lebih 30 tahun sejak 1984. DS Zeti sendiri mengeluarkan kenyataan penuh menunjukkan keyakinan beliau akan keupayaan penggantinya.

Tokoh lulusan Harvard ini juga merupakan gabenor BNM yg mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam. Malangnya tindakan tokoh2 korporat berhenti daripada jawatan penting negara dicemari fitnah bahawa mereka ini mmg tidak layak dan lari kerana takut disiasat.

Semoga ramai jgn terlalu taksub dan sombong hingga tidak dpt mengenalpasti mana kaca mana permata. Kadangkala kita rasa pelik bila orang menjual nama oxford untuk memperlihatkan kredibiliti kementerian kewangan baru melalui Tony Pua sungguhpun beliau zero pengalaman dan milestone dlm kementerian itu. Kita lagi hairan bila orang seperti ex Gabenor yg ada nama harvard serta certification dlm kewangan islam dgn lebih 30 tahun pengalaman bersama BNM dikatakan tidak layak, diperlekeh dan dipandang rendah hanya kerana beliau dilantik pada zaman Najib.

Kita fikir Najib lebih realistik apabila tidak sibuk menekan DS Zeti Akhtar keluar dari BNM bila menduduki kerusi Perdana Menteri. Kita hairan bila kerajaan baru naik, habis semua orang dituduh korup dan ditekan supaya letak jawatan. Terbaru Lim Kit Siang menekan Tun Raus meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara. Kerajaan PH berura-ura meletakkan Tan Sri Richard untuk meduduki jawatan tersebut.

Saya melihat sejarah perubahan melalui golongan muda terhadap kejatuhan empayar, kejatuhan Saddam, kejatuhan Muammar Gaddafi, kejatuhan kesultanan Indonesia, dan byk lg tidak dikaji rakyat bahawa perubahan yg dikatakan membawa mereka kebelakang. Lagu yg dimainkan disemua tempat adalah sama. Sosok pujaan dipuja seperti tuhan.

Indonesia adalah jiran yg paling rapat yg menjadi contoh terbaik kejatuhan ekonomi, moral dan kestabilan. Liberalism adalah salah satu racun yg sentiasa menggegarkan kestabilan negara ini apabila kebebasan tanpa akal diamalkan. Cuma semenjak dua ini, indonesia menggegarkan dunia apabila dinamakan sebagai salah satu negara yg bakal menjadi pemain ekonomi global. Ramai berkata inilah penangan Jokowi tetapi tidak ramai tahu perkara ini berlaku beberapa wilayah dimenangi parti Islam, ditadbir dgn kepimpinan ulama malah melonjakkan ekonomi sehingga 9.9% mengatasi pertumbuhan ekonomi Indonesia sendiri. Persepsi dan media menyelimuti fakta ini.

Apabila semua orang mencanang nama Mahathir dgn pengalaman 22 tahun sbg PM dlm menjustifikasi segala tindakan kerajaan PH, saya kira ini adalah wayang kulit yg paling hebat sekepas millenium. Amat mustahil Tun M tahu apa yang berlaku dan menentukan polisi disetiap kementerian. Maka individu yang bernama menteri lah yg bertanggungjawab atas segala yg berlaku berkaitan kementeriannya. Tun M telah dibuktikan bermasalah dgn penuaan. Banyak kata-kata beliau sewaktu event rasmi terpaksa diperbetulkan. Kita melihat orang menjustifikasi segala tindakan dan cadangan dgn menjual milestone Tun M  dan ini bukanlah sesuatu yg sihat.

Kita harus ingat, dunia korporat dan pentadbiran tertinggi tidak seharusnya dinilai dengan populariti. Ini satu penilaian songsang. Tidak ada satu organisasi besar didunia melantik leader berdasarkan populariti tetapi berdasarkan kemampuan pencapaian dan kompentensi. Kita digelakkan dunia apabila mempunyai Menteri Kewangan yang tidak pernah ada pengalaman bekerja di kementerian tersebut, secara sembrono dan terbuka mentafsir national debt mengikut selera sendiri melewati standard yg ditetapkan bank dunia. Satu2 event dimana seorang menteri kewangam mencipta reason untuk memburukkan ekonomi negara sendiri, dengan menyerlahkan kecetekan (less experience, knowledge and integrity) menyebabkan kerugian berbilion dolar kpd Malaysia dalam masa seminggu.

Selagi seseorang individu itu tidak mempunyai pengalaman, adalah amat penting untuk kerjasama dan perkongsian pendapat dalam membina masa depan yg lebih baik. Kita tidak boleh mengatakan pegawai kerajaan di zaman BN bodoh-bodoh belaka sedangkan mereka ada 60 tahun pengalaman dan exposure. Kompetensi dan moral adalah 2 perkara berbeza. Mandat yang diberikan rakyat kepada parti seperti PH dan PAS harus dilihat sebagai amanah besar atas dasar moral dan bukannya sepenuhnya atas competency. Parti seperti PH dan PAS perlu sedar mereka bukan parti berpengalaman mentadbir negara. Banyak perkara yg perlu dipelajari. Janganlah sombong tak kena tempat.

Walaubagaimanapun, peranan pengundi atas pagar yg dilihat agak aktif menekan kerajaan baru adalah sesuatu yg positif. Ini kerana mereka memilih PH berbanding yg lain. Ramai yg agak kecewa sekarang. Malah mereka mula membenci PH akibat sikap cybertroop dan pentaksub PH yg menuduh mereka ini macai PAS dan umno.

Saya melihat tiada guna kita mengutuk parti tetapi kita harus mengutuk kebobrokan. Kita harus memberi peluang untuk kerajaan baru belajar dan menerima kelemahan mereka. Kita tidak harus menilai kemampuan berdasarkan label parti sahaja. Namun kalau mereka yg diberi mandat terus sombong merasakan mereka mampu buat perubahan walaupun tidak berilmu dan berpengalaman, maka kegagalan adalah pasti bagi attitude sebegini. No doubt. Wallahualam.

Bagi penyokong PAS, saya menyeru lebihkan teguran kepada pemimpin sendiri. Mereka mungkin hebat dlm perkara fardhu ain namun perkara fardhu kifayah adalah crucial dlm keperluan zaman. Sungguhpun ramai profesional bersama PAS, ramai juga yang jenis duduk disebalik langsir. Ini samasekali tidak akan membantu jemaah. Beberapa kepimpinan PAS juga dilihat mempunyai laras bahasa yg tidak matang. Laras bahasa ini adalah ilmu. Andai content anda betul, tapi jika laras bahasa anda gagal, seluruh mesej anda gagal. Anda bukan berbicara kepada orang yg hendak belajar agama tetapi orang biasa. Maka ilmu penyampaian sangat penting untuk memaksimakan impak penerimaan. Cari ruang untuk lebih kedepan dan diselami golongan muda. Wallahualam.



Sumber : El-Haneef Renae


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment