Kerajaan PH Akan Lakukan Proses Pembersihan Dalam PDRM? | KAKI PALU

Kerajaan PH Akan Lakukan Proses Pembersihan Dalam PDRM?

Share on Google Plus





11 JUN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun antara pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijangka digugurkan bulan depan, berikutan kerajaan baharu Persekutuan mahu membersihkan pasukan berkenaan daripada gejala rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Lapor akhbar Straits Times yang memetik sumber berkata ia berikutan sebahagian pegawai kanan pasukan berkenaan hidup mewah.

“Sebahagian mereka terlampau kaya.

“Tidak masuk akal bagaimana sebilangannya memiliki begitu banyak kereta mewah, selain tinggal di banglo,” kata  satu sumber menambah faktor kesetiaan politik turut dipertimbangkan.

Sumber lain menamakan dua nama sebagai pengganti Fuzi, iaitu timbalan beliau Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Fuzi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ketua polis negara pada September tahun lepas.

Akhbar itu turut melaporkan tiga jabatan didakwa penuh dengan gejala rasuah akan ditutup, iaitu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING).

“Terlalu ramai anggota pasukan itu yang diamanahkan untuk memerangi penjenayah kemudiannya menjadi pelindung mereka,” katanya.

Sementara itu, sehingga laporan ini disiar, PDRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan kesahihannya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment