Kerajaan PH Akan Teliti Perbelanjaan Agong Mencecah RM256.9 Juta | KAKI PALU

Kerajaan PH Akan Teliti Perbelanjaan Agong Mencecah RM256.9 Juta

Share on Google Plus




KERAJAAN akan meneliti dakwaan berhubung peruntukan ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dikatakan mencecah RM256.9 juta bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita mengenai dakwaan itu namun, belum membaca artikel berkaitan dakwaan yang tersebar itu.

Beliau berkata, dakwaan itu akan diteliti bagi menentukan kesahihannya.

“Saya belum membaca artikel berkenaan. Dengar orang cerita sahajalah. Saya belum tengok lagi,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan itu.

Dr Mahathir ditemui media pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, semalam.

Beliau perlu meneliti terlebih dahulu kebenaran dakwaan itu sebelum memaklumkan kepada media kelak.

“Saya nak kena tengok dulu. Samasa perbelanjaan itu untuk berapa tahun? Setahun ke, 10 tahun ke, saya tak tahu.

“Saya akan kaji, tengok. Saya maklum nanti,” katanya.

Pada Rabu, ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin dalam entri di blognya berkongsi mengenai purata perbelanjaan sebulan dibelanjakan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

- Harian Metro



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment