Khaled Nordin Umum Bertanding Kerusi Naib Presiden UMNO | KAKI PALU

Khaled Nordin Umum Bertanding Kerusi Naib Presiden UMNO

Share on Google Plus




PASIR GUDANG – Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan akan datang.


Beliau berkata, penawaran diri bagi jawatan tersebut membawa harapan agar ia memberi manfaat dan kebaikan kepada parti di saat kedudukan Umno pada paras paling rendah.


“Tujuan penawaran dibuat kerana saya percaya ini merupakan salah satu perjuangan untuk pastikan Umno kembali dapat sokongan rakyat, dan boleh (terus) memberi khidmat kepada orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.


“Ini yang menjadi pegangan saya, maka sudah tentu saya tidak akan pinggirkan perjuangan itu semata-mata Umno kalah atau menang,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Umno Bahagian Pasir Gudang di sini, Isnin.- MStar






Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment