Khaled Permata Rakyat : Jangan Dibuang Beliau Kali Kedua | KAKI PALU

Khaled Permata Rakyat : Jangan Dibuang Beliau Kali Kedua

Share on Google Plus



JOHOR BAHRU : Hari ini, anak kepada calon Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin iaitu Akmal Saufi telah berkongsi satu penulisan melalui Instagram miliknya.

Katanya, penulisan tersebut dari seorang kenalan yang bukan begitu rapat tetapi percaya akan kepimpinan ayahnya. Penulis tersebut telah memperkenalkan namanya sebagai ‘Anak Watan Johor’.

Dalam penulisan tersebut, penulis begitu mengagumi kepimpinan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai bekas Menteri Besar Johor. Sehingga penulis sendiri mengelar bekas Menteri Besar tersebut sebagai seorang Arkitek Melayu Moden.

“Dalam masa 5 tahun dari tahun 2013, sebanyak 16,000 Rumah Mampu Milik Johor dengan harga kurang dari RM150,000 setiap satu berjaya disiapkan di Johor. Dengan lagi 84,000 akan terbina jika diteruskan kerajaan sedia ada.

“Kami menyesal kerana terpaksa mengorbankan Dato Khaled untuk menumbangkan Dato Najib. Tapi apakah daya, itu sahaja caranya. Tetapi dengan nafsu Menteri Besar Johor baru, baru kami sedar bahawa rupanya kami telah buang permata di hadapan kami. Kami insaf.

“Sebagai hadiah kami bangsa Johor, terimalah pemimpin kami Dato Seri Mohamed Khaled sebagai juga pemimpin orang Melayu diperingkat negara.

“Dengan Dato Seri Mohamed Khaled nescaya walau sebagai pembangkang pun, orang Melayu tetap terbela dan UMNO disegani. Itu saja yang kami boleh bantu dalam saat getir orang Melayu kini. Gunakanlah khazanah negeri Johor ini dengan sebaiknya,” katanya melalui penulisan di Instagram milik Akmal Saufi.

Mengenai perebutan jawatan Naib Presiden UMNO akan dipertandingkan pada 30 Jun 2018 ini.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment