Lari Ke Thailand? Imigresen Jelaskan Najib Bercuti Di Langkawi | KAKI PALU

Lari Ke Thailand? Imigresen Jelaskan Najib Bercuti Di Langkawi

Share on Google Plus



Jabatan Imigresen memberi jaminan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah masih berada dalam negara.

Menolak dakwaan mereka dikatakan cuba melarikan diri ke Thailand melalui Langkawi, Datuk Seri Mustafar Ali berkata Najib dan keluarga sedang bercuti dan menginap di Hotel St Regis di pulau berkenaan.

"Tidak benar," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

“Mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara,” katanya lagi ketika menjawab teks apabila dihubungi Malay Mail.

Mustafar berkata keberadaan bekas perdana menteri dan isterinya di Langkawi disahkan Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Zuhair Jamaludin.

Foto Najib dan Rosmah bersama troli sarat bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tersebar di media sosial semalam.

Mereka turut dilihat bersama beberapa pemimpin Umno tempatan di lapangan terbang di Langkawi.

Sebahagian rakyat Malaysia bimbang berikutan ada pengguna Facebook mendakwa melihat Najib berada berhampiran kawasan pelepasan antarabangsa.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment