Mengapakah Tun Dr Mahathir Tiba-Tiba Mahu Serah Pulau Batu Putih Kepada Singapura? | KAKI PALU

Mengapakah Tun Dr Mahathir Tiba-Tiba Mahu Serah Pulau Batu Putih Kepada Singapura?

Share on Google Plus




Oleh : ISHAM JALIL

Pada tahun 1979, Malaysia telah mencetak satu peta yang mengandungi Pulau Batu Putih dalam perairannya.

Pada tahun 1980, Singapura telah memfailkan aduan menyatakan yang peta yang dicetak pada tahun 1962, 1965 dan 1975 menunjukkan yang Pulau Batu Putih berada di dalam perairannya pula.

Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Lapan tahun kemudian pada tahun 2016, tiga bukti baru ditemui di Arkib Negara United Kingdom yang menunjukkan bahawa Pulau Batu Putih adalah bukan milik Singapura tetapi berada dalam wilayah negeri Johor, Malaysia.

Berdasarkan penemuan bukti-bukti baru ini, pada tahun 2017, Malaysia memfailkan rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membatalkan keputusan ke atas pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Namun beberapa hari lepas pada 30 Mei 2018, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan hasrat untuk mengundur diri daripada tuntutan ke atas Pulau Batu Putih lantas bermakna menyerahkan sahaja Pulau Batu Putih kepada Singapura..

Mengapakah Tun Dr Mahathir tiba-tiba membuat keputusan sedemikian?



Via FB Isham Jalil
https://www.facebook.com/isham.jalil/posts/10214589978561430




Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment