Nor Shamsiah Bakal Gabenor Bank Negara Yang Baharu? | KAKI PALU

Nor Shamsiah Bakal Gabenor Bank Negara Yang Baharu?

Share on Google Plus




Bekas timbalan gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus disebut-sebut bakal dilantik mengetuai bank pusat itu bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim jika penyandang terbabit meletak jawatan.


Memetik sumber, Reuters hari ini melaporkan rundingan sedang diatur dengan Nor Shamsiah berhubung perkara berkenaan.


Sumber juga menyebut kerajaan sedang membincangkan pelan pengunduran Muhammad dan pengumuman mengenainya mungkin dibuat seawal esok.


The Star Online pula melaporkan Nor Shamsiah sebelum ini terbabit dalam pelan pengukuhan dasar sistem perbankan semasa Asia dilanda krisis kewangan.


Dia juga pernah terbabit dalam penyediaan peraturan dan garis panduan bagi sektor kewangan.


Nor Shamsiah meninggalkan Bank Negara pada Nov 2016 iaitu tujuh bulan selepas gabenornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berundur dari bank pusat berkenaan.







Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment