Peguam Negara: Agong Berhak Tolak Nasihat Perdana Menteri | KAKI PALU

Peguam Negara: Agong Berhak Tolak Nasihat Perdana Menteri

Share on Google Plus




Yang di-Pertuan Agong berhak menolak nasihat Perdana Menteri mengenai cadangan pelantikan Peguam Negara jika perkara itu didapati lebih mendatangkan keburukan menurut budi bicara Seri Paduka.


Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata, Seri Paduka mempunyai kuasa untuk menilai sama ada nasihat itu sesuai atau tidak untuk kepentingan Islam, semangat Perlembagaan dan keadilan sejagat.


“Dalam hal ini Seri Paduka boleh mendapatkan pandangan raja-raja Melayu lain. Jika berlaku penolakan, maka Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mencadangkan nama lain sesuai dengan hasrat Seri Paduka.


“Perkataan ‘nasihat’ adalah kekal dengan maksud ‘nasihat’, bukannya satu ketetapan yang mengikat Seri Paduka. Lebih-lebih lagi Perkara 145(5) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Peguam Negara memegang jawatan selama mana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment