Pengalaman Zahid Diperlukan Untuk Lawan Pakatan | KAKI PALU

Pengalaman Zahid Diperlukan Untuk Lawan Pakatan

Share on Google Plus



SEMUA calon Presiden UMNO yang bertanding dalam pemilihan kali ini, ada kelebihan masing-masing dan itu tidak dinafikan.  Ada yang agak muda, ada yang sudah lama, ada bekas Menteri Sukan, ada bekas Menteri Kewangan, bukan sesiapa pun ada. Malah dikalangan 5 orang ini, ada juga yang pernah menubuh dan memimpin parti pembangkang melawan UMNO pun.

Kalau nak dikatakan, semua acuan dah cukup, pun boleh juga.

Begitupun, tidak ada di antara mereka yang pernah menduduki jawatan penting dalam kerajaan melainkan Datuk Seri Zahid Hamidi yang pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam pentadbiran sebelum ini.



Justeru, amat rugi kepada UMNO – dengan pengalaman dan latar belakang begitu kalau menolak Zahid sebagai Presiden dalam pemilihan Sabtu nanti.  Yang lain tu bagus tapi Zahid nampak ada kelebihan yang calon lain-lain tu tak ada.

Dalam keadaan sekarang, amat penting untuk UMNO (antara lain) dipimpin oleh Presiden yang ada maklumat terkini tentang pentadbiran kerajaan (sebelum bertukar tangan) untuk berhadapan dengan parti lawan.  Tak bolehlah parti lawan nak kelentong banyak sangat sebab tahu Zahid ada semua maklumat yang mungkin cuba “dipusing-pusingkan” mereka.

Presiden UMNO kali ini tidak boleh dikotak katikkan.  Penting untuk UMNO mempunyai Presiden yang ada semua maklumat terkini (sekurang-kurangnya sebelum 8 Mei) tentang pentadbiran negara dan arif tentang sepak terajang politik dalam masa yang sama.

UMNO sekarang, sedar atau tidak sebenarnya menjadi kunci kelangsungan kuasa pemimpin parti lawan tertentu, melihat kepada jumlah kerusi yang dimilikinya sekarang.  Khabarnya ada di kalangan parti lawan ini yang melihat kepada wakil-wakil rakyat UMNO untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam dewan dan sebagainya.

Sebab itu hanya Zahid yang dilihat paling layak untuk memimpin UMNO bukan sahaja kerana pengalamannya tapi beliau ada rekod  menolak pelawaan parti lawan untuk bersama mereka.  Inilah antara sebabnya kenapa Zahid perlu menang, bukan sebab calon lain tu tak hebat.

Mereka hebat, cuma Zahid nampaknya lebih hebat lagi.




Sumber : MYKMU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment