PKR Monopoli Kabinet Dr Mahathir | KAKI PALU

PKR Monopoli Kabinet Dr Mahathir

Share on Google Plus

MH Online
Laman Suara Rakyat



PKR dijangka memperoleh paling banyak jawatan dalam Kabinet yang dijadualkan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Isnin depan.

Berdasarkan senarai barisan Kabinet yang viral, PKR yang mempunyai 49 kerusi Parlimen dijangka mengisi lapan kementerian, termasuk empat yang sudah diisi, diketuai Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti itu juga diberikan lapan kerusi Timbalan Menteri, menjadikan PKR memiliki kerusi Menteri dan Timbalan Menteri terbanyak berbanding tiga rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperoleh dua lagi jawatan Menteri dan tiga Timbalan Menteri dalam baki senarai Kabinet dan Timbalan Menteri.

Tambahan kementerian itu menjadikan PPBM yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai enam kementerian dan mengisi tiga jawatan Timbalan Menteri.

DAP pula mengetuai enam kementerian, selain enam jawatan Timbalan Menteri, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanggungjawab terhadap lima kementerian dengan lima jawatan Timbalan Menteri.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut diberikan tiga kerusi Menteri dan dua Timbalan Menteri bagi memastikan Kabinet turut diwakili dari negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH yang bertanding atas tiket PKR memenangi 104 daripada 208 kerusi Parlimen yang ditandingi empat parti itu.

Daripada jumlah itu, PKR menguasai 49 kerusi Parlimen dengan penambahan 19 kerusi, berbanding 30 kerusi yang diraih pada PRU-13, manakala DAP memperoleh 42 kerusi, tambahan empat kerusi berbanding pilihan raya lima tahun lalu.

PPBM dan AMANAH turut membuat kejutan sebagai parti serpihan yang julung kali bertanding pada PRU apabila masing-masing memenangi 10 dan 12 kerusi Parlimen.

WARISAN yang diasaskan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengusai lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Senarai barisan Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamed, berdasarkan kompisisi parti dalam Pakatan Harapan


*PKR*

*Menteri*

*Timbalan Perdana Menteri* – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

*Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat*– Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

*Menteri Hal Ehwal Ekonomi*– Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

*Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan* – Zuraidah Kamaruddin

*Menteri Luar Negeri* – Datuk Saifuddin Abdullah

*Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna* – Datuk Saifuddin Nasution Ismail

*Menteri Kerja Raya*– Baru Bian

*Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli*– Dr A Xavier Jayakumar
Timbalan Menteri

*Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat*– R Sivarasa

*Timbalan Menteri Pengangkutan* – Datuk Kamaruddin Jaffar

*Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia*– Eddin Syazlee

*Timbalan Menteri Pertanian*– Sim Tze Tzin

*Timbalan Menteri Kesihatan* – Dr Lee Boon Chye

*Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya*– Bakhtiar Wan Chik

*Timbalan Menteri Industri Utama*– Shamsul Iskandar Md Akin

*Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)* – Fuziah Salleh

*Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)*

*Menteri*

*Perdana Menteri*– Tun Dr Mahathir Mohamad

*Menteri Dalam Negeri* – Tan Sri Muhyiddin Yassin

*Menteri Pelajaran* – Dr Maszlee Malek

*Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat* – Rina Mohd Harun

*Menteri Belia dan Sukan* – Syed Saddiq Syed Abd Rahman

*Menteri Pembangunan Usahawan*– Redzuan Yusof

*Timbalan Menteri*

*Timbalan Menteri Kewangan*– Datuk Amiruddin Hamzah

*Timbalan Menteri Wilayah*– Datuk Dr Shahruddin Md Salleh

*Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)* – Dr Md Farid Md Rafik

*DAP*

*Menteri*

*Menteri Kewangan* – Lim Guan Eng

*Menteri Pengangkutan*– Anthony Loke Siew Fook

*Menteri Komunikasi dan Multimedia* – Gobind Singh Deo

*Menteri Tenaga Manusia* – M Kulasegaran

*Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar* – Yeo Bee Yin

*Menteri Industri Utama* – Teresa Kok

*Timbalan Menteri*

*Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat* – Hannah Yeoh Tseow Suan

*Timbalan Menteri Pelajaran*– Teoh Nie Ching

*Timbalan Menteri Belia dan Sukan* – Steven Sim Chee Keong

*Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri*– Dr Ong Kian Ming

*Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna*– Chong Chieng Jen

*Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli* – Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

*Parti Amanah Negara*

*Menteri*

*Menteri Pertahanan*– Mohamad Sabu

*Menteri Pertanian* – Salahuddin Ayub

*Menteri Kesihatan*– Dr Dzulkefly Ahmad

*Menteri Wilayah* – Khalid Samad

*Menteri di Jabatan Perdana Menteri*– Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Timbalan Menteri

*Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan* – Dr Ahmad Termizi Ramli

*Timbalan Menteri Tenaga Manusia* – Datuk Mahfuz Omar

*Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan* – Dr Mohd Hatta Ramli

*Timbalan Menteri Kerja Raya* – Annuar Tahir

*Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)* – Mohamed Hanipa Maidin

*Parti Warisan Sabah*

*Menteri*

*Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya* – Datuk Mohamad Din Ketapi

*Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri* – Darell Leiking

*Menteri di Jabatan Perdana Menteri* – Datuk Liew Vui Keong

*Timbalan Menteri*

*Timbalan Menteri Dalam Negeri* – Aziz Jamman

*Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar* – Isnaraissah Munirah Majilis




Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment