Proton 2.0? Menteri Pengangkutan Enggan Ulas | KAKI PALU

Proton 2.0? Menteri Pengangkutan Enggan Ulas

Share on Google Plus


Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan kerajaan komited untuk menambah baik sistem pengangkutan awam di negara ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas cadangan projek kereta tempatan baru seperti yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Berkaitan projek kereta, saya tidak mahu mengulas kerana pengumuman itu daripada perdana menteri,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Saya rasa beliau akan memberi lebih maklumat mengenai perkara itu,” kata wakil rakyat Seremban itu.

Diminta mengulas sama ada projek itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet lepas, Loke berkata “lebih baik perdana menteri menjawabnya”.

“Setahu saya, kerajaan komited untuk menambah baik program pengangkutan awam dan membantu rakyat mengakseskannya dengan baik.

“Perdana menteri telah memberi sokongan padu mengenai perkara itu,” katanya beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir di Tokyo semalam .

Perdana menteri semalam berkata Malaysia mahu memulakan projek kereta nasional baru, seperti Proton, yang dirintisnya pada 1983.

Syarikat kereta nasional itu kini dimiliki pengeluar automotif China, Geely tahun lepas.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment