"Saya Akan Cepatkan Proses Menjadi Ahli Parlimen" | KAKI PALU

"Saya Akan Cepatkan Proses Menjadi Ahli Parlimen"

Share on Google Plus




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang 'mempercepatkan' prosesnya menjadi ahli parlimen melalui pilihan raya kecil dalam masa beberapa bulan lagi.

Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan beliau akan bertanding di kerusi Pandan, yang kini disandang isterinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya akan cepatkan proses menjadi ahli Parlimen tetapi tidaklah segera," katanya yang dipetik The Malaysian Insight.

Menurut Anwar, partinya belum memutuskan kerusi untuk beliau bertanding.

"(Saya tidak akan bertanding di Pandan). Pandan akan menjadi masalah kerana Wan Azizah akan meletak jawatan awal sebagai timbalan perdana menteri yang meninggalkan kekosongan untuk PKR," katanya.

Kunjungi pemimpin dunia

Anwar dibebaskan pada 15 Mei lalu, berkata beliau mempunyai beberapa perjalanan untuk dilakukan sebelum kembali menjadi ahli politik sepenuh masa.

"Minggu depan, saya akan pergi ke London untuk berjumpa (bekas naib presiden AS) Al Gore. Beberapa hari selepas hari raya, saya akan berada di Turki kerana Presiden (Recep Tayyip) Erdogan telah mengingatkan saya tiga kali untuk membuat kunjungan.

"Dan terdapat beberapa pertemuan penting dengan pemimpin dunia yang meminta saya mengunjungi mereka. Saya senang hati sebagai warganegara Malaysia biasa yang boleh membincangkan hal-hal secara bebas dan bertemu dengan rakan-rakan," katanya.

Perdana Menteri India Narendra Modi telah menyampaikan undangan kepadanya, kata bekas timbalan perdana menteri itu.

"Apabila pusingan itu (lawatan) selesai dalam beberapa bulan, maka saya akan menawarkan diri saya sebagai calon pilihan raya kecil," katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment