Serbuan Disko Danok, Tujuh Lelaki Malaysia Ditahan Positif Dadah | KAKI PALU

Serbuan Disko Danok, Tujuh Lelaki Malaysia Ditahan Positif Dadah

Share on Google Plus



Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah disko popular di Danok, berhampiran sempadan Malaysia-Thai dan menahan 38 pelanggan asing termasuk tujuh lelaki warga Malaysia yang didapati positif dalam ujian awal penyalahgunaan dadah ke atas mereka.

Timbalan Pegawai Daerah Sadao Nawapol Chantaniwes berkata turut ditahan dalam serbuan   bermula dari 1 pagi (waktu tempatan) semalam dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.

“Kesemua pelanggan asing adalah lelaki dan wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun dan  daripada pelbagai warganegara, Laos, Myanmar. China, Malaysia dan Kemboja, katanya semalam sambil menambah mereka akan menjalani pemeriksaan yang lebih teliti untuk mengesan penyalahgunaan dadah.

Serbuan oleh 50 anggota polis dan pegawai pejabat daerah ke atas disko yang terletak di tingkat bawah sebuah hotel di Danok dilaksanakan setelah mendapat aduan daripada penduduk tempatan mengenai  aktiviti  pengedaran dadah di pusat hiburan itu.

Lebih daripada 400 pengunjung berada di dalam disko itu ketika serbuan dibuat.

Nawapol berkata, anatara dadah yang dirampas semasa serbuan itu ialah “ice” (methampetamine kristal), ekstasi, ketamin dan  marijuana. ― Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment