Sudah Tiba Masanya Untuk Ketuanan Malaysia - Rafidah | KAKI PALU

Sudah Tiba Masanya Untuk Ketuanan Malaysia - Rafidah

Share on Google Plus





Selepas 61 tahun ketuanan Melayu, bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengajukan bahawa sudah tiba masanya konsep itu digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.

Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial dengan orang Melayu sebagai tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia), sementara bangsa lain dianggap terhutang budi kepada orang Melayu yang menerima mereka sebagai warganegara.

Peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Jelas Rafidah, sudah sampai masanya 'merehatkan' konsep itu yang digunakan sejak perjuangan kemerdekaan daripada kolonial British.

"Ia sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat kini.

"Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia... negara ini mesti didahulukan.

"Kenapa kita mahu bersaing sesama kita? Kita sepatutnya bersaing dengan yang terhebat di rantau ini, yang terbaik di dunia. Janganlah lagakan antara warisan Melayu dengan warisan Cina. Kita rakyat Malaysia.

"Kita mahu negara ini menjadi tuan di rantau ini," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Tambah Rafidah lagi, golongan muda negara ini juga perlu memainkan peranan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

"Golongan muda, terutamanya, perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia.

"Jika mereka mahu menjadi golongan malas dan tidak berdaya saing, bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.

Konsep ketuanan Melayu sering digunakan oleh parti seperti Umno dan NGO seperti PERKASA, selain gerakan sosial seperti Gerakan Baju Merah.

Jelas Rafidah, tidak bergaul dengan bangsa lain merupakan antara sebab ramai tidak dapat menghayati kehidupan pelbagai kaum sebagai rakyat Malaysia.

"Mungkin di kawasan tertentu di mana tidak ramai yang bergaul dengan bangsa lain, mereka tidak faham bagaimana ertinya jadi rakyat Malaysia," katanya.
Namun, tambah Rafidah lagi, dengan negara yang semakin berkembang, kejiranan menjadi lebih majmuk dan semakin ramai yang bersetuju dengan ketuanan Malaysia.

"Ramai orang Melayu yang rasa seperti saya.

"Kerana bagi mereka, mereka sudah berkawan dengan bangsa lain sejak darjah satu," katanya.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment