Tahukah Anda : 2 Kali Najib Selamatkan Kita Dari Muflis | KAKI PALU

Tahukah Anda : 2 Kali Najib Selamatkan Kita Dari Muflis

Share on Google Plus
 



TAHUKAH ANDA?

Bahawa Najib Razak mengambil alih negara ketika Malaysia literally tengah nazak? Indeks Bursa Malaysia jatuh tersembam dengan teruk sewaktu pemerintah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Nak bayangkan teruk dia macam mana.

Daripada indeks tu 1500 mata, terus jatuh ke 900 mata; dalam masa kurang setahun. To give you the idea-- indeks melambangkan 'overall stock's performance' yang seterusnya diterjemahkan kepada keyakinan pelabur terhadap syarikat di Malaysia dan prestasi keseluruhan syarikat dalam negara. Low investors' confidence -> low index -> low overall local company's performance -> low wages -> high unemployment -> recession -> deflation -> depression -> meltdown.

Downtrend mula dirasai pada awal Januari 2008 sebelum Tun Abdullah didesak Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan beliau- seterusnya menyebabkan perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-enam pada April 2009. Desakan Mahathir sebenarnya bukan kerana rakyat pun, tapi saham jatuh dan tak de tanda-tanda nak naik. Antara sebab saham jatuh bukan kerana Tun Abdullah-- tapi sebab krisis ekonomi global. Cuma, kejatuhan saham yang teruk adalah manifestasi kegagalan polisi pentadbiran Tun Abdullah untuk mengawal impak krisis kewangan terhadap Malaysia.

Di bawah pemerintahan Najib Razak, beliau berjaya mengeluarkan negara daripada ambang muflis sebanyak dua kali dengan menarik pelbagai pelabur luar ke dalam negara. Kali kedua, beliau menyelamatkan negara sewaktu kejatuhan minyak global pada tahun 2015. Secara purata, indeks FBMKLCI berada di atas 1300 mata dengan mencatatkan markah tertinggi pada tahun ini iaitu 1890 mata. Uptrend mula ditunjukkan pada Januari tahun ini.

2018 sepatutnya adalah manifestasi kejayaan pakej rangsangan ekonomi yang telah bertahun dirancang oleh Najib Razak. Tetapi, beliau telah berjaya digulingkan dek kerana kebodohan dan keangkuhan rakyat Malaysia.

Najib Razak dah buatkan indeks negara daripada 900 mata ke 1890 mata; tapi sebab korang tak tahu, kau hina dia. What the fk. Orang tanya, "Apa baiknya kasi Najib perintah."

He literally just saved you from a nationwide economic meltdown! Tanpa beliau, Malaysia hari ni bukan lah yang kau kenal. Dimana perkara yang kau paling risau sekarang adalah pasal GST-- padahal kau boleh risau pasal pencen, ringgit tak boleh nak wujud; kalau Najib tak selamatkan negara ni dulu.

Adakah situasi krisis ekonomi 2007-2008 akan berulang? Carta di bawah menunjukkan downtrend yang sangat ketara, daripada 1890 ke 1678 sekarang -- kebanyakkannya disebabkan oleh situasi politik dalaman dan luaran.

Apa-apa pun. Terima kasih. Najib Razak. Jasamu dikenang.
#respectmyexpm



Oleh : Ahza Adhwa II


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment