Tok Mat Bertanding Timbalan Presiden UMNO | KAKI PALU

Tok Mat Bertanding Timbalan Presiden UMNO

Share on Google Plus




SEREMBAN 2 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, keputusan menawarkan diri bertanding dibuat selepas mengambil kira permintaan ahli dan hala tuju parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya akan menghantar pencalonan secara online pada petang ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

"Saya akan pastikan UMNO mendapat nafas baharu dan kembali ke landasan asas penubuhan parti demi mengembalikan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara," katanya.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. - UTUSAN ONLINE



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment