UMNO Sudah Jangka Pakatan Harapan Tidak Mampu Tunai Janji 100 Hari - Khaled | KAKI PALU

UMNO Sudah Jangka Pakatan Harapan Tidak Mampu Tunai Janji 100 Hari - Khaled

Share on Google Plus





JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) tidak akan mampu melaksanakan janji manifeso dalam 100 hari kerana semua janji tersebut tidak boleh dilaksanakan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau juga menyifatkan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab Harapan tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata.

“Contohnya penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan tanpa ada ganti, kini mereka (kerajaan) ada masalah (sumber pendapatan),” katanya selepas perasmian mesyuarat Umno Cawangan Desa Perwira, di sini hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Umno Johor menegaskan, operasi parti itu masih berjalan dengan baik di semua peringkat cawangan dan bahagian.

Beliau turut menafikan berlaku pemimpin dan anggota Umno keluar parti beramai-ramai namun mengakui terdapat anggota bertindak keluar Umno semata-mata kerana mengikut parti yang membentuk kerajaan.

Mohamed Khaled juga berkata Umno Johor sedang menjalankan pemutihan anggotanya.

Mengenai gesaan veteran Umno agar semua Pengerusi Umno negeri meletak jawatan, beliau berkata, gesaan tersebut tidak masuk akal kerana jika semua  pemimpin Umno meletak jawatan maka parti tersebut tidak akan dapat bergerak.

"Kalau semua sekali letak jawatan, akhirnya macam mana parti hendak gerak," katanya. - Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment