"Ya Allah, Ampunilah Rakyatku. Sesungguhnya Mereka Ditipu..." | KAKI PALU

"Ya Allah, Ampunilah Rakyatku. Sesungguhnya Mereka Ditipu..."

Share on Google Plus




Aku cukup terkesan dengan penghinaan dilontarkan terhadap Sultan Abdul Hamid II (Khalifah ke-34 Turki Uthmaniyah). Bagaimana, 'Permainan Persepsi Jahat' dan 'Penyelewengan Sejarah Terancang', berjaya membunuh sisi perjuangan Islam dan umat oleh beliau.

Antara ungkapan terakhir beliau ketika dipenjara, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Amat meruntun jiwa dengan mesej yang mendalam :

"Ya Allah, ampunilah rakyatku. Sesungguhnya mereka ditipu. Ampunilah mereka. Mereka tidak tahu kebenarannya".

1- Pada Fasa 1 Pemerintahan beliau. Beliau meneruskan legasi Sistem Reformasi yang menjadikan  Sistem Sekular Barat sebagai rujukan utama.

2- Implikasinya, tercetusnya Perang Saudara di Mesir (1880-1881) yang menyaksikan pertembungan diantara 'Blok Ulama Islam' dan 'Blok Ulama Sekular' . Akibatnya, dengan campur tangan British. Mesir berjaya dimerdekakan dari Uthmaniyah dan dijajah pula oleh British.

3- Fasa 2 Pemerintahan(1883). Beliau mengakui kesilapan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan beberapa usaha :

i- Mengembalikan Sistem Islam mengantikan Sistem Reformasi Sekular.
ii- Tranformasi Sistem Pendidikan dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai subjek Teras Wajib.
iii- Menggerakkan kempen Penghayatan dan Mengagungkan Islam.

4- Berterusan digasak hebat, meskipun dalam kondisi yang lemah. Beliau masih tegas menolak tawaran Theodore Hezl (1896) bagi menjual Tanah Palestin. Sekalipun dijanjikan imbuhan lumayan berserta ugutan. Tidak sesekali menggadaikan Tanah Suci ketiga Umat islam.

5- Sudah pasti besarnya harga yang perlu dibayar beliau. Berlakunya konfrontasi besar-besaran yang ditunjangi oleh Parti Sekular dan berjaya mempengaruhi majoriti rakyat bagi menentang Khalifah.

6- Bahkan, pelbagai percubaan bunuh (Assasination) terhadap beliau dan gerakan kempen 'Persepsi Jahat Terancang' bagi membunuh karakter Khalifah.

7- Kemuncaknya, Revolusi Pemuda Turki diketuai Mustafa Kamal Attarturk berjaya meluncutkan jawatan Khalifah pada tahun 1909. Beliau dipenjarakan secara zalim serta isteri dan anak-anak dibuang negeri.

"Those who do not remember the past are condemned to repeat it", George Santayana.

#IbnuIsmail


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment