Ziana Zain & Anak-Anak Ambil Masa 12 Jam Untuk 'Shopping' Baju Raya | KAKI PALU

Ziana Zain & Anak-Anak Ambil Masa 12 Jam Untuk 'Shopping' Baju Raya

Share on Google Plus




Walaupun kehidupan rumah tangga Ziana Zain kini dilanda badai, ia bukan penghalang untuk diva tersohor itu melakukan persiapan Aidilfitri bersama anak.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi lagu Puncak Kasih ini berkata tidak banyak perbezaan memandangkan keluarganya sentiasa meriah meraikan lebaran.

"Saya datang daripada keluarga yang meriah dan sambutan perayaan kami setiap tahun tidak pernah sunyi.

"Begitu juga tahun ini. Persiapan saya dan anak sama seperti sebelum ini dan keperluan anak menjadi keutamaan saya,” katanya.

Katanya, baru-baru ini dia menghabiskan masa selama 12 jam bersama anak untuk membeli-belah barangan keperluan Aidilfitri.

"Saya bawa semua anak keluar pada jam 10.30 pagi untuk beli pakaian dan macam-macam lagi.

"Kemudian kami berhenti untuk berbuka puasa dan selepas itu sambung membeli apa yang patut sampailah jam 10.30 malam," katanya.

Ziana akan menyambut raya di Shah Alam selain dia juga merancang untuk membawa anak-anaknya bercuti namun belum memilih destinasi.

Perkembangan lain, Ziana terbabit dalam album lagu sempena Aidilfitri yang diberi judul Gema Lebaran Legenda.

Dalam album yang menggabungkan 12 penyanyi hebat itu, Ziana menyanyikan semula tiga lagu Aidilfitri popular, antaranya Halaman Asmara duet bersama Hazama.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment