Orang Melayu Tak Boleh Harap Kerajaan PH - Najib | KAKI PALU

Orang Melayu Tak Boleh Harap Kerajaan PH - Najib

Share on Google Plus




tidak boleh berharap lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk perjuang nasib mereka.

Ini kerana, kata bekas perdana menteri tersebut, kekuatan parti Melayu dalam gabungan PH berkenaan sebenarnya datang daripada sokongan pengundi orang bukan Melayu ekoran kerusi kawasan itu tidak ditandingi calon DAP.

“Setakat ini, pihak kerajaan PH sudah pun mengizinkan pencabulan bahasa Melayu, agenda Islam dan bumiputera juga tidak lagi akan mendapat tempat utama dalam aspek pentadbiran mereka selepas ini.

“Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, tengah malam tadi.

Dalam pada itu, menurut Najib, beliau berharap semoga UMNO dapat mengembalikan semula keyakinan orang Melayu menerusi perpaduan kukuh dan kasih ahli UMNO kepada parti.

“Insya-Allah dengan adanya perpaduan lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu,” katanya. – Mynewshub.tv



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment