Penahanan DS Najib Razak Bermotif Politik Dendam | KAKI PALU

Penahanan DS Najib Razak Bermotif Politik Dendam

Share on Google Plus



PENAHANAN DS NAJIB RAZAK BERMOTIF POLITIK DENDAM

1. Dukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah ditahan oleh pihak SPRM petang ini 3hb Julai, 2018 dan dijangka akan didakwa di Mahkamah esok.

2. Kami di pergerakan Puteri UMNO Malaysia berpendirian kita tidak boleh menghukum beliau bersalah sehingga terbukti bersalah. Hanya mahkamah sahaja layak menentukan sama ada Ds Najib Razak bersalah atau sebaliknya.

3. Seperti semua sedia maklum Ds Najib Razak telah pun berikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa seperti SPRM dalam siasatan kes 1MDB. Ia juga sudah menjalani proses semakan oleh PAC dan forensik oleh Jabatan Audit Negara semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

4. Sebagai rakyat Malaysia yang menghormati kedaulatan undang undang, kami memohon agar apa jua tindakan yang akan diambil mestilah berlandaskan perlembagaan. SPRM harus menjaga hak Ds Najib dengan hanya membuat tuduhan di Mahkamah dan tidak memberi ruang kepada perbicaraan di media. Segala siasatan  mestilah dijalankan dengan bebas dan adil tanpa tekanan mahupun campur tangan politik mana mana pihak termasuk kerajaan.

5. Saya juga mendesak agar kerajaan Pakatan Harapan yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat agar memberi tumpuan untuk menunaikan segala janji janji seperti yang telah didokumenkan dalam Manifesto pada PRU 14 lalu. Jangan gunakan isu penangkapan ini untuk mengalih pandangan rakyat pada janji yang ditabur..


ZAHIDA ZARIK KHAN
KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
(3 JULY 2018)


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment