Penahanan Najib Razak Tidak Sah?! Dipertikai Majlis Peguam | KAKI PALU

Penahanan Najib Razak Tidak Sah?! Dipertikai Majlis Peguam

Share on Google Plus



Presiden Majlis Peguam George Varughese berkata pihaknya rasa "terganggu" dengan kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi.


"Majlis Peguam terkejut dan rasa terganggu dengan kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan Najib ditahan pukul 2.35 petang tadi berhubung SRC International Sdn Bhd dan bekas perdana menteri itu akan didakwa di mahkamah 8.30 pagi esok.


"Pasukan petugas khas itu tidak ada kuasa undang-undang untuk menahan Najib. Sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.


"Pasukan petugas khas itu juga tidak ada kuasa menentukan sama ada Najib akan didakwa esok, kata Varughese dalam kenyataan hari ini.


Pasukan petugas khas berkenaan terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas timbalan pengarah cawangan khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.


Varughese berkata, tindakan Pasukan Petugas Khas 1MDB itu menimbulkan beberapa persoalan.


"Adakah pasukan petugas khas mempunyai kuasa undang-undang untuk mengarahkan penahanan Najib? Dan adakah pasukan petugas khas itu mempunyai kuasa mendakwa Najib?" katanya.






Pasukan Petugas Khas 1MDB tapi siasat kes berkaitan SRC... Memang lawak agensi siasatan negara hari ni..


Bukti tuduhan RM2.6 bilion dicuri daripada 1MDB tak jumpa-jumpa lagi. Nik Faisal, Zeti, Jho Low, Khadem alQubaishi, PetroSaudi pun mereka tidak panggil dan soal siasat lagi. Kezaliman dan ketidakadilan apakah ini?


Apa pula hujah mereka apabila Lim Guan Eng yang memang tslah dituduh di mahkamah pun tidak pula ditahan?



SUMBER : https://beliabangkit.blogspot.com/2018/07/tidak-sah-penahanan-najib-dipertikai.html?spref=fb&m=1


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment