Potong Gaji Penjawat Awam Untuk Derma Kepada Tabung Harapan Adalah Tindakan Paling Bijak | KAKI PALU

Potong Gaji Penjawat Awam Untuk Derma Kepada Tabung Harapan Adalah Tindakan Paling Bijak

Share on Google Plus



Tindakan pihak Cuepacs mencadangkan agar perlunya pemotongan sebanyak RM10 daripada gaji kesemua penjawat awam di Malaysia untuk bantu Tabung Harapan Malaysia patutnya dipuji bertalu-talu.

Sumber : Utusan Malaysia

Ini kerana, cadangan itu dilihat antara yang paling 'lain dari yang lain' daripada Cuepacs sejak berkurun lamanya. Mana tidaknya, sejak dari dahulu lagi badan itu hanya dilihat sekadar memperjuangkan bonus kepada penjawat awam sahaja. Manakala lain-lain perjuangan mereka bukan tidak ada, tetapi agak kurang menonjol atau viral.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dpanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Secara majoritinya Kongress telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," kata Azih dalam sidang akhbar hari ini.

Apatah lagi golongan penjawat awam merupakan antara kumpulan masyarakat yang cukup terkinja-kinja memangkah Pakatan Harapan (PKR) dalam PRU14 sebelum ini.

Mungkin mereka sudah muak dan menganggap kepimpinan Pakatan Harapan jauh lebih mampu membela rakyat berbanding kepimpinan Barisan Nasional terdahulu.

Justeru itu, apalah sangat saranan pihak Cuepacs agar setiap seorang dari penjawat awam di negara ini membuang wang poket mereka secara paksa rela untuk disumbangkan ke tabung yang kononnya mahu membayar kesemua hutang negara kita itu. Walaupun sudah diakui, pihak kerajaan telah berbohong tentang jumlah sebenar hutang negara kita.

Tidak perlu marah kepada mana-mana pihak dengan tindakan Cuepacs ini. Sepatutnya 1.6 juta penjawat awam harus menggembeling tenaga membantu pihak Kerajaan Pakatan Harapan kerana kerajaan ini dibentuk adalah untuk dibantu oleh rakyat. Bukan kerajaan ini yang perlu membantu rakyat.

Apapun semoga pihak Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan kepimpinan tertinggi kerajaan menerima cadangan paling bernas dari pihak Cuepacs ini jika mahu menjadikan Malaysia ini sebuah 'Malaysia Baru' seperti yang diidam-idamkan sangat oleh majoriti penjawat awam selama ini.

Mungkin tindakan Cuepacs ini sekadar mahu mengampu pihak pemerintah, namun biarkanlah mereka dengan nawaitu mereka itu. Yang penting Cuepacs dapat mengampu, penjawat awam pula dapat mengurangkan jumlah gaji bersih mereka untuk menolong kerajaan yang mereka sendiri pilih.

Sepatutnya bukan cadang RM10, tetapi jauh lebih besar daripada itu. Mohon pihak KSN atau Cuepacs kembali cadangkan agar RM100 dipotong daripada setiap penjawat awam di Malaysia selama 6 bulan berturut-turut. Barulah namanya Malaysia Baru! - KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment