Timb Menteri Mahu Pengiktirafan UEC Selesai Tahun Ini | KAKI PALU

Timb Menteri Mahu Pengiktirafan UEC Selesai Tahun Ini

Share on Google Plus




Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum hujung tahun ini.

"Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya.

"Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai," katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.

Beliau berkata isu itu tidak perlu dibawa ke parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini memberi pengiktirafan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Sebaliknya, katanya lagi, kementerian pendidikan perlu menentukan mekanisme pengiktirafan UEC, kemudian menteri pendidikan boleh membawanya ke kabinet.



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment