Tular Tuduhan Serang Jakim, Adun DAP Diugut Bunuh | KAKI PALU

Tular Tuduhan Serang Jakim, Adun DAP Diugut Bunuh

Share on Google Plus



GEORGE TOWN, 11 Julai — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid menerima ugutan bunuh di pusat khidmatnya di Gelugor, di sini petang semalam.

Syerleena, 38, berkata nota ugutan itu dijumpainya bersama timbunan surat di peti surat pusat khidmatnya itu pada 3.30 petang sebelum membuat laporan polis di balai polis Jelutong pada 7 malam hari sama.

Beliau tidak mengetahui motif nota itu dihantar dan tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan fitnah terhadapnya yang tular dalam Facebook sejak Mac tahun lepas, kononnya beliau akan menyerang institusi Islam terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) demi DAP.

Walau telah menyangkal fitnah itu, ia mula timbul semula pada April lepas sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ini adalah pertama kali beliau menerima ugutan sedemikian dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan kes disiasat menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar dan suspek yang terlibat.  —  Bernama



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment